Saturday, March 26, 2011

Senarai available kolej.

PUTRA INTELEK INTERNATIONAL COLLEGE

Putra Intelek International College (PIIC) ditubuhkan pada tahun 2000 oleh HANDAL GROUP dan merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang menawarkan keunikan dalam pendidikan dimana akan melahirkan graduan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.


KOLEJ SEGI SERI KEMBANGAN
Kolej Segi Seri Kembangan merupakan antara Kampus Kumpulan Pendidikan dan Latihan Segi yang menawarkan program pengajian Diploma. Kemudahan pendidikan ini terbuka bagi pelajar lepasan SPM yang berkelayakan atau yang setaraf dengannya dan berminat menyambung pengajian

PUTRA INTERNATIONAL COLLEGE
Putra International College ( PIC ) dilengkapi dengan kemudahan state-of-the-art dan menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk pembelajaran.

INTEGRATED COLLEGE OF ALLIED HEALTH AND NURSING (ICAN)
ICAN merupakan singkatan kepada Integrated College of Allied Health and Nursing, sebuah Institusi Pengajian Swasta yang ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah nama ‘Kolej Integrasi Kejururawatan Dan Kesihatan Bersekutu' (W4P0053)


KOLEJ REACH
Reach College (ahli Yasmin Group) memperluaskan perkhidmatannya dalam program Pendidikan Kesihatan. Ini akan memberikan pegawai kesihatan pengetahuan dan kemahiran untuk amalan disiplin mereka, menanamkan sikap dasar profesionalisme, mengajar rawatan pesakit belas kasih, perkhidmatan kepada masyarakat dan keinginan untuk belajar sepanjang hayat.


INTERNATIONAL COLLEGE OF HEALTH SCIENCES (ICHS)
ICHS ditubuhkan untuk memenuhi misinya yang mulia iaitu menyediakan pendidikan "holistic" dalam kejururawatan di penjagaan kesihatan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


KOLEJ MEATECH
Kolej Teknologi MEA mula beroperasi pada tahun 2010, berfokus pada program yang releven untuk memenuhi permintaan pasaran masa kini dan masa depan


KOLEJ SEGI KUALA LUMPUR
Sejak 30 tahun, Kumpulan Pendidikan Segi (SEGI) telah melahirkan ribuan graduan merangkumi pelbagai bidang. Pada tahun 1977 SEGI telah menubuhkan Kolej Systematic di kawasan komersil Kuala Lumpur yang menawarkan program profesional. Hari ini SEGI berdiri megah sebagai salah sebuah intitusi pengajian tinggi swasta terbesar di negara ini dengan seramai 18,500 orang pelajar di 6 cawangan kampus di Kota Damansara, Kuala Lumpur, Subang, Seri Kembangan, Penang, dan Kuching,Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Facebook search : Zaki Ramones
Twitter search : @Zakidiot

A B C D E Fatin Alia Norhana Binti Ali G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Zaki ♥ :)