Wednesday, June 29, 2011

KL YoUNITY Tarik Lebih 5 Ribu Belia di Bukti Bintang




KL YoUNITY Tarik Lebih 5 Ribu Belia di Bukti Bintang

25 Jun, Bukit Bintang – Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia (KBS) sentiasa memberikan sokongan padu ke atas mana-mana aktiviti yang dapat memberikan manfaat terbesar dan terbaik kepada belia.

Maka kerana itu, program KL YoUNITY di Bukit Bintang yang bermatlamat menyatukan belia di ibu negara melalui pelbagai aktiviti seperti sukan ekstrem, ekspresi diri, foto, muzik serta jualan telah mendapat perhatian khusus oleh Dato’ Seri Ahmad Shabeery Cheek.

Beliau telah meluangkan masa untuk hadir sama memeriahkan aktiviti berkenaan dan telah turut serta dalam konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Pavillion ke Bukit Bintang sebelum merasmikan program tersebut.

Dato’ Seri Ahmad Shabeery dalam sidang media selepas perasmian ini memuji usaha yang dilaksanakan oleh Persatuan Belia Kuala Lumpur (KL Youth) dalam penganjuran ini dan beliau menyatakan keyakinan beliau bahawa aktiviti sedemikian salah satu cara yang terbaik dalam memupuk perpaduan.

Ternyata sambutan belia di ibu negara amat menggalakkan. Antara program yang menjadi tumpuan remaja serta belia adalah Pertandingan dan Pertunjukan Skateboarding oleh pemain papan luncur Malaysia yang pernah mewakili negara ke pelbagai pertandingan antarabangsa.

Terdapat juga pertunjukan cheerleading, fesyen, dj spin, wall climbing, pertunjukan indie band dan celebrity avenue.

Selain gerai-gerai yang dikendalikan oleh para belia mengikut citarasa tersendiri, terdapat juga ruang-ruang yang disediakan khas untuk para belia mengekspresikan diri mereka dalam bentuk lukisan pada card board khas, lukisan graviti, dan ruang khas untuk mempersembahkan bakat nyanyian yang ditaja oleh CIMB Bank tanda sokongan mereka kepada program KL YoUNITY ini.

Gimik perasmian juga menarik iaitu dengan persembahan solo oleh seorang remaja yang bernama Shazl, yang mempunyai kepandaian membunyikan pelbagai bunyi menggunakan mulut dan nafas yang panjang. Para penonton teruja dengan persembahan beliau yang julung-julung kalinya dibawa ke hadapan oleh KL YoUNITY.

YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkesempatan melawat gerai-gerai yang disediakan oleh pihak penganjur. Puan Hatipah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia turut sama hadir pada program berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Facebook search : Zaki Ramones
Twitter search : @Zakidiot

A B C D E Fatin Alia Norhana Binti Ali G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Zaki ♥ :)